Monthly Archives: September 2020
Sarjan Hassan.
SARJAN HASSAN LEPASAN PONDOK
Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam yang Hebat…
Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.
P. Ramlee juga hebat, dibuat filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis.
Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.
Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.
Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.
Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.
Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.
Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.
Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.
Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.
Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.
Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassam
Kredit pada penulis asal.
Copypaste
Kawtim. – Tanya sama atok, Awat pokok tumbang, Nanti jawab atok. Najib yang tebang. 😆😆😆
Saya orang Pahang.
Saya org Pahang:
Siapa punya Genting Highlands 12,300ekar dan siapa beri?
Siapa punya Berjaya Hill Resort 3,000ekar ,siapa beri?
Siapa punya Bukit Gambang Resort 1,200ekar, siapa beri?
Kebun Sayur Cameron Highlands lebeh 5,000 ekar kpd tauke2, siapa beri?
Tanah 300ekar di Pulau Tioman kpd Berjaya Group siapa beri?
Tanah Berpuluh ribu ekar di Daerah Raub Bentung Temerloh utk
Projek Musang King kpd Tauke2 mata sepet siapa beri?
Cukup dulu disini,
Sedangkan majority rakyat Pahang hingga mati 1 ekar tanah pun tak lulus!
Justeru
Cuma nak tanya pd
semua itu kerja siapa?
Memang mereka itu puak Melayu……. Yg tiada Roh Islam
Watch “TUAN GURU HAJI HADI MINTA PRU15 DI ADAKAN DEPAN PM MUHYIDDIN” on YouTube
Tn Hj Yusof.
𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊-𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊
Saya melihat video wawancara bersama calon DAP yang merupakan cucu kepada seorang pengganas Parti Komunis Malaya dengan penuh jengkel dan menyedihkan.
- Saya adalah doktor terakhir yang merawat wira Bukit Kepong Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.
- Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.
- Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.
- Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).
- Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.
- Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.
- Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.
- Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).
- Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.
- Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.
- Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.
- Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.
- Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam! Bukan hanya Mat Indera saja Melayu yang menjadi tali barut Komunis, tetapi juga ada Melayu2 lain seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.
- Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Beliau bercerita tentang sahabat2 polisnya dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.
- Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang Melayu seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.
- Kata-kata beliau terbukti benar.
- Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah diletakkan keturunan mereka sebagai calon pilihanraya dan dengan bangga mereka memuji datuk dan nenek mereka yang merupakan pengkhianat negara sebagai pejuang pula!
- Pujian2 sebegini serta usaha mengiktiraf para pengganas komunis ini seolah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.
- Para pejuang kemerdekaan kita sentiasa berusaha membebaskan negara kita dan mahukan kedaulatan negara ini terpelihara di bawah naungan Raja2 Melayu. Komunis pula menentang dan memerangi Raja2 Melayu. Mana mungkin kita menerima mereka ini sebagai pejuang? Dasar2 komunisme tidak memungkin negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Apakah ini sebabnya dikatakan oleh cucu komunis ini bahawa Malaysian Malaysia dekat di hatinya?
- Mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara sehingga mereka menyerah kalah pada 1989.
- Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?
- Dan kini kita mengangkat pula anak cucu komunis ini sebagai calon pilihanraya? Malah tidak asing bagi para pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan negara.
- Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.
- Dan kini keturunan mereka ini diletakkan pula sebagai calon PRU dengan sengaja. Seolah2 diletakkan bagi mempertahankan, mendapat pengiktirafan dan membawa suara datuk dan nenek mereka kembali ke negara kita.
- Tidak hairanlah sekiranya mereka berkuasa, maka sejarah akan diubah. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan UMNO akan disebut sebagai perkakas British. Manakala mereka yang memerangi negara ini mengangkat senjata sehingga 1989 pula akan dikatakan sebagai pejuang kebangsaan yang sebenar!
Nauzubillahi min zalik!
Saya menulis artikel ini di atas kapasiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.
NegaraKu
Link asal: https://www.facebook.com/100013716131875/posts/577759556024577/?extid=1Mv8bjhIHo3nJBIF&d=n
Watch “1957” on YouTube