Sungai Batu.

https://www.facebook.com/1269447671/posts/10225159231429102/
MENGULAS KENYATAAN MB KEDAH – TAMADUN SG BATU

Hari ini ada DIKHABARKAN bahawa jalan raya telah dibina di tapak arkeologi Sungai Batu.

Sungai Batu yang satu ketika dahulu menggemparkan negara dengan penemuan peninggalan, sebahagian monumen kerajaan Kedah Tua yang disahkan berusia seawal 2,600 tahun.

Iya! Jauh lebih awal dari Candi Borobudur di Jawa (Abad ke 9), jauh lebih awal dari Candi Angkor Wat di Thailand (Abad ke 12). Dan peninggalan ini ditemui oleh ahli-ahli arkeologi, akademik di Malaysia.

Dan peninggalan di tapak arkeologi Sungai Batu ini bukan sebarang peninggalan tetapi peninggalan yang membuktikan betapa majunya dan gahnya Sungai Batu satu ketika dahulu yang merupakan sebahagian kerajaan Kedah Tua apabila mereka seawal 535 sebelum Masehi (BCE) lagi telah menjadi pelopor industri peleburan besi terawal di Asia Tenggara. Ya! Seawal 535 BCE, pada kurun ke 6 sebelum Masehi lagi, kerajaan Kedah Tua menemui teknologi peleburan besi, dan kemudiannya mewujudkan industri pembuatan besi malahan menjadi satu cabang ekonomi eksport untuk kerajaan Kedah Tua di mana melalui Selat Melaka, mereka telah mengeksport besi ke India, ke Arab. Ini semua terbukti dengan adanya rekod bertulis Arab akan aktiviti eksport Kedah Tua.

Di sini, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM telah menemui jutaan “tuyere” yang digunakan untuk mengepam udara di dalam relau dan 12 tapak peleburan bijih besi di tapak arkeologi Sungai Batu.

Untuk pengetahuan sekalian, perkataan “Tuyure” ini berasal dari Perancis kerana pertama kali ia ditemui adalah di Perancis. TETAPI, ketika penemuannya di Perancis, ia hanya mempunyai sebanyak 20 unit sahaja. Bayangkan PPAG telah menemui jutaan “Tuyure” di tapak Sungai Batu! Jutaan!

Bayangkan, betapa sibuknya, dan rancaknya industri pembuatan besi di Sungai Batu satu ketika dahulu.

Bayangkan, betapa beruntungnya rakyat Malaysia mewarisi sejarah yang gah di mana kita mempunyai bukti fizikal bahawa tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara adalah di Malaysia dengan adanya monumen syahbandar, adanya tapak jeti, adanya peleburan besi yang berusia 2,600 tahun, 535 sebelum Masehi di Sungai Batu, Kedah.

Bayangkan, betapa bangganya sejarah tamadun sehebat ini merupakan khazanah milik negara kita.

Bayangkan, bagaimana generasi hari ini mampu kita sematkan rasa bangga, rasa cintakan sejarah, cintakan negara dengan menunjukkan betapa gahnya dan kayanya sejarah negara kita.

Jadi, hari ini.

Di mana suara-suara wakil rakyat?
Di mana suara-suara ahli parlimen?
Di mana suara-suara ahli-ahli politik?
Di mana suara-suara media?
Di mana suara-suara mereka ini yang seringkali membincangkan perihal identiti bangsa, identiti rakyat?

Sejarah itulah yang membina bangsa.
Sejarah itulah yang membina negara.
Makanya, tidak layak menggelarkan diri pemimpin, tidak layak menggelarkan diri pendokong kebenaran, sekiranya gagal memelihara sejarah. Kerana gagalnya memelihara sejarah, adalah permulaan bagi kegagalan membina identiti rakyat, identiti bangsa yang mencintakan negara.

Sampai bila kita ingin biarkan generasi kita hanyut dan jahil dengan sejarah negara kita?

Yang pastinya, pada 2015 telah dijelaskan bahawa sebarang projek pembangunan di tapak arkeologi Sungai Batu perlu mendapatkan persetujuan dan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Jabatan Warisan Negara.

Dan sangat merisaukan apabila membaca penerangan MB Kedah mengenai pelan pembangunan di Sg Batu untuk meneruskan pembangunan lot-lot rumah di sebahagian 74 ekar tanah milik Jabatan Warisan Negara yang terletak di bersebelahan dan di belakang tapak warisan sedia ada bagi mereka yang telah menceroboh tanah kerajaan negeri secara haram sebelum itu.

Jelasnya, ada sebab 74 ekar tanah disebelah dan dibelakang tapak warisan Sg Batu sedia ada itu dimiliki oleh Jabatan Warisan kerana pastinya melihatkan betapa besarnya industri pembuatan besi Sg Batu, potensi keluasan tamadun Sg Batu pastinya tidak terhad kepada penemuan sedia ada.

Kita sedia maklum, bagaimana “prihatin”nya rakyat Malaysia ini apabila melibatkan perihal peninggalan sejarah.

Kita sedia maklum, bagaimana rakyat Malaysia sering mengambil mudah isu penerokaan tanah.

Apakah jaminan Kerajaan Negeri Kedah bahawa pembangunan lot-lot rumah di tanah berkeluasan 74 ekar di bersebelahan dan di belakang tapak warisan Sg Batu oleh kontraktor-kontraktor tidak akan merosakkan tapak warisan sedia ada? Kerana pastinya kontraktor-kontraktor perlu membawa jentera-jentera berat untuk membangunkan lot-lot perumahan ini.

Kita sendiri sedia maklum akan banyak kerja-kerja arkeologi yang telah tertangguh, contohnya seperti kerja-kerja meneroka 7 kapal purba yang ditemui di Sungai Batu sejak 2011 lagi dek kerana kos dan tiadanya peralatan/teknologi yang sesuai untuk proses ekskavasi.

Apakah jaminan Kerajaan Negeri Kedah hari ini bahawa tanah di belakang dan bersebelahan tapak warisan seluas 74 ekar yang ingin dibangunkan ini tidak mempunyai sebarang peninggalan dan khazanah sejarah kerajaan Kedah Tua, Sg Batu seperti mana penemuan kapal-kapal purba di Sg Batu?

Kenapa tidak difokuskan untuk 74 ekar tanah ini diteroka untuk khazanah sejarahnya, sebelum diputuskan untuk dibangunkan?

Dan sekiranya 74 ekar tanah ini boleh dibangunkan, kenapa tidak difokuskan untuk dibangunkan sebagai institut penyelidikan sejarah di mana kita membawa masuk peralatan, kelengkapan serta teknologi moden penyelidikan sejarah?

Sudah tanduskah tanah-tanah lain di negeri Kedah ini sehinggakan pembangunan lot-lot rumah untuk penceroboh-penceroboh haram harus dilakukan di bersebelahan dan di belakang tapak warisan yang mungkin menyimpan lebih banyak lagi sejarah untuk diterokai buat titipan generasi kita?

Ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana kerajaan negeri serius melihat tapak warisan sebagai satu potensi untuk dikembangkan bagi memartabatkan sejarah negara Malaysia dengan melihat tanah Jabatan Warisan di Sg Batu sebagai satu-satunya penyelesaian untuk masalah pencerobohan haram di Sg Batu.

Makanya, wajar untuk perkara ini disiasat dan diberikan perhatian.

Makanya, wajar juga pelan pembangunan Kerajaan Negeri Kedah di Sg Batu dipertikaikan.

Kerana Sg Batu menyimpan segenap potensi sebagai pelaburan jangka masa panjang dalam industri pelancongan di samping mengangkat sejarah Malaysia dan negara Malaysia itu sendiri dalam bidang penyelidikan sejarah bertaraf dunia.

Sering kali kita lihat, arus-arus media begitu pantas mengambil prihatin soal identiti rakyat Malaysia, jadi sangat wajar untuk perkara ini dipandang serius dan diberi perhatian kerana masyurnya sejarah melambangkan masyurnya identiti rakyat sesebuah negara.

Pastinya tamadun Sg Batu adalah tamadun untuk kita generasi pewaris banggakan.

Jadi di sini, saya menyeru supaya saluran-saluran media The Star , Malay Mail , Malaysiakini (BM Version) , Berita Harian Online , Buletin TV3 , untuk membuat liputan, terus menekan Kerajaan Negeri, ahli-ahli politik supaya usaha melindungi tapak warisan sejarah tamadun tertua di Asia Tenggara ini dipandang serius dan bukan dibuat sambil lewa kerana usaha penerokaan tanah di Sg Batu telah diabaikan terlalu lama.

Jangan disibukkan membawa berita taktala warisan itu telah dihancurkan, dicemarkan.

Kerana ketika itu, nasi sudah pun menjadi bubur.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=875100953332719&id=100024984679403

https://www.facebook.com/577541902629776/posts/1332519177132041/
πŸ΄πŸš©πŸ›‘πŸ‘‘βš”πŸ΄πŸš©

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s