Tn Hj Yusof.

𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊-𝐈𝐍𝐉𝐀𝐊

Saya melihat video wawancara bersama calon DAP yang merupakan cucu kepada seorang pengganas Parti Komunis Malaya dengan penuh jengkel dan menyedihkan.

  1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat wira Bukit Kepong Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.
  2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.
  3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.
  4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).
  5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.
  6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.
  7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.
  8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).
  9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.
  10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.
  11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.
  12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.
  13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam! Bukan hanya Mat Indera saja Melayu yang menjadi tali barut Komunis, tetapi juga ada Melayu2 lain seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.
  14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Beliau bercerita tentang sahabat2 polisnya dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.
  15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang Melayu seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.
  16. Kata-kata beliau terbukti benar.
  17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah diletakkan keturunan mereka sebagai calon pilihanraya dan dengan bangga mereka memuji datuk dan nenek mereka yang merupakan pengkhianat negara sebagai pejuang pula!
  18. Pujian2 sebegini serta usaha mengiktiraf para pengganas komunis ini seolah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.
  19. Para pejuang kemerdekaan kita sentiasa berusaha membebaskan negara kita dan mahukan kedaulatan negara ini terpelihara di bawah naungan Raja2 Melayu. Komunis pula menentang dan memerangi Raja2 Melayu. Mana mungkin kita menerima mereka ini sebagai pejuang? Dasar2 komunisme tidak memungkin negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Apakah ini sebabnya dikatakan oleh cucu komunis ini bahawa Malaysian Malaysia dekat di hatinya?
  20. Mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara sehingga mereka menyerah kalah pada 1989.
  21. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?
  22. Dan kini kita mengangkat pula anak cucu komunis ini sebagai calon pilihanraya? Malah tidak asing bagi para pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan negara.
  23. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.
  24. Dan kini keturunan mereka ini diletakkan pula sebagai calon PRU dengan sengaja. Seolah2 diletakkan bagi mempertahankan, mendapat pengiktirafan dan membawa suara datuk dan nenek mereka kembali ke negara kita.
  25. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkuasa, maka sejarah akan diubah. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan UMNO akan disebut sebagai perkakas British. Manakala mereka yang memerangi negara ini mengangkat senjata sehingga 1989 pula akan dikatakan sebagai pejuang kebangsaan yang sebenar!

Nauzubillahi min zalik!

Saya menulis artikel ini di atas kapasiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

NegaraKu

Link asal: https://www.facebook.com/100013716131875/posts/577759556024577/?extid=1Mv8bjhIHo3nJBIF&d=n

Advertisement

Ma.

Ma nk share nie. Something yg most parents go thru. Including mama. Infact probably apa yg atok nenek pernah go thru juga.

Zmn tu , zmn mama struggle. Nk cari nafkah utk 6 org anak2. Nk byr lawyer utk clear nama. Lom lg deal dgn polis n turun naik court utk clear nama. Kesusahan mental n fizikal yg sgt parah. Waktu tu anak2 lom abis sekolah . Lom SPM pun. Hanya allah tmpt mama mengadu. Ma x pasang lokum. Literally kije long hours utk cukupkan belanja.

Waktu tu atok nenek dah uzur. Ubat2 pun selambak byk n kos mahal. Tp masaalah nk bwk gi hosp govt kerana ma terikat dgn klinik. Nk tinggalkn klinik , tak mampu sbb klinik.sumber pendapatan mama. Pernah request poklong or busu. Tp hujung2 ma kesian kt atok nenek

Bila atok nenek terdengar poklong n busu bertelagah sesama sendiri , ko la bwk. Bkn aku. Benda ni terdengar kt telinga mereka mybbkn atok sedih. Jd ma ambil langkah , bwk jumpa doktor pakar kt swasta. Sbb kt swasta , ma bole shoot off kejap utk uruskan instead of abis whole day utk urusan ni. Cuma kos ubat mmg ma kena cover full ler. Agak byk juga. Around rm2k per month juga utk ubat shj. Doktor pakar swasta x caj consultation kt mama. Tp ma tetap rasa ni langkah terbaik sbb x sanggup atok nenek sedih bila urusan mereka seakan berat kt anak2 diorg.

Sama juga masuk hosp , ma hantar kt private sbb visiting hrs flexible. Also cara camtu , ma x perlu begging siblings mama utk minta bantuan

Mereka tolong ker nk tolong ke takpe.

Byk ma spend tp nawaitu mama cuma satu. Nk mak ayah senang hati n takde rasa bersalah.

Ada tak mama dpt habuan? Sbnrnya pikir2 balik , mmg mama dpt habuan. Allah murahkan rezeki. Allah mudahkan urusan anak2 mama. Pyh nk jumpa famili yg anak berderet masuk SBP dan berderet dpt SPC ( Skim pelajar cemerlang) . Ranpa kabel or kenal org pun. Ko org cemerlang semua2

Ma x rasa ia semata2 usaha mama or usaha ko org. Ma rasa ia hadiah dari yg esa.

Hujung2 usia atok nenek , ma kdg terkedu

Terdengar atok minta pd allah agar allah jgn biar dia jatuh sakit terlantar tp biar allah ambil dia dlm keadaan dia sihat. Atok salu ckp kt mama , atok x bole bygkn jk atok or nenek sakit terlantar. Atok bimbang mama cannot cope

Mmg makbul doa atok. Dia meninggal sbb aortic aneursym . Mati within minutes. Nenek pass away within less than 36 hrs dlm ward. Mgkn allah makbulkan doa atok n nenek.

Ikutkan , ma lom puas jaga atok n nenek. Byk yg ma lalui waktu mereka masih hidup. Tp ma rasa byk yg manis daripada yg pahit. Rasanya tiada saat yg ma kesal atau menyesal sbb ma rasa mama berjaya gembirakan mereka till the end

After atok dah xde , ada 2 org bgtau mama. One of them pakya. Precious tak , atok ckp , atok ada 4 anak dan satu meninggal. Tp yg gembirakan atok cuma seorg. Tp seorg tu ibarat 10 anak

Yes ! I did it!! Despite all the hurdles n difficulties , i did a good job. Mcm tu sekali atok compare mama seorg tp mcm 10 org.

Nenek , on her last day of life , kt hospital , waktu tu ma potong kuku dia. Ma peluk n cium dia. ( nxt day dia dpt massive AMI) Ma tak terpikir tu saat akhir ma dpt bual2 dgn dia. Nenek genggam tangan mama n ckp “terima kasih ek”. Ma kata ngapa ckp terima kasih?

Nenek ckp ” ko jaga mak elok”

Ma ckp ” sbb zai sayang mak lah”

Nenek jwb ” mak pun sayang ko”

Tu ayat terakhir dia bckp dgn mama

Esoknya dpt heart attack n ventilator n meninggal dunia that same day ( 24 hrs after the last time ma cium dia n peluk dia)

Moral of the story…mak ko org ni not bad. I think i had a good life

Now just nk jd awesome grandmother